Friday, January 6, 2012

SILVERHAWK MG VS PENANG BIKE WEEK 2011..

Lagi ride...selepas K.Kangsar kitaorang ride lebih utara iaitu ke Penang la..Mai makan nasi kandaq..      (25-26/6/2011) Seminggu sebelum ride motor dah sedia diservis..Awal-awal lagi dah tunjuk tanda-tanda akan semput,macam tau-tau pulak nak bawa ride jauh..Ngam-ngam seminggu semua dah standby.Seperti biasa awal-awal pagi berkumpul.

Mula-mula singgah di stesen minyak la,pastikan minyak penuh,ni nak jalan jauh...Tiba-tiba minyak meleleh pula..Aduhhh...dah suspend ni takde peluang nak pergi Penang agaknya..Mulanya ingat sebab malam sebelumnya motor kesayangan suami menemui kecelakaan..cehh...bukan apa tumbang je gara-gara anak saudara yang cuba-cuba duduk..Nasib baiklah Mr Presiden Silverhawk MG sampai En Ajie (ceh berEncik formalnya).Mmm...tau-tau rupanya overflow..Alhamdulillah..bolehlah kami teruskan ke destinasi mana yang patut kami berkumpul.Alamak sampai je di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tol Jelapang nampak beberapa kerat je yang ada,rupanya yang lain belum sampai...Muka-muka yang ada tulah muka-muka yang paling excited nak ride jauh ni...






Bila geng-geng lain dah tiba kami pum mulakan perjalanan..Awal-awal sebuah motor dah mula tunjuk ragam..Alahai bang apa masalahnya...?










 Akhirnya sampai kami di Tapak Pesta Sg Nibong di mana semua bikers-bikers dari merata ceruk Malaysia ride semata-mata untuk turut serta event yang di anjurkan Penang Bike Week  2011..









 Time ni la pun nak shopping,jumpa geng-geng bikers atau pun sesi bergambar...

Sempat juga antara geng kami yang nak test skill..Satu lagu ye bang...

Say Cheese Say Konica...


  Ride ramai-ramai dengan geng-geng mai dari Utara kami lepak santai ambil udara laut di Padang Kota la...Saya pun dapat geng baru mai dari Utara..






 Malam hari kami relaxkan minda sambil alas perut yang kosong dengan suara-suara sumbang geng Silverhawk MG...Mmmm..boleh tahan jugak la bakat terpendam dari diaorg ni..layannn...


 
 Pagi keesokkannya selepas breakfast kami pun check out dari tempat penginapan Anggerik Lodging nak ronda-ronda Penang kata diaorang...Sampai Batu Feringgi tunggu member..ada kenduri kahwin la pulak...Rezeki mai jauh makan nasi minyak la pulak..apa lagi rezeki jangan ditolak...





 Lama menunggu..kami singgah sat tepi laut la...Hampir sejam gak la kami tunggu ingat acara makan nasi minyak dah cancel,perut dah makin keroncong ni,akhirnya konvoi dari pengantin tiba kami pun join la..Memang best....






Alhamdulillah perut dah penuh,sempat la sesi berfoto...




 Adoi...motor meragam..lepak santai kat tepi lonkang bengkel la kita ye...

 Ole-ole dah beli,motor dah ready kita naik feri Ipoh kami mari...Masa untuk pulang...Walaupun dalam perjalanan pulang pelbagai dugaan dan rintangan kami tempuh dalam ride kali ini namun semangat setia kawan tetap ada, susah senang sama-sama. Love ride no war....No challenge no game...




































No comments: