Monday, January 9, 2012

Rushing for Masterchef Malaysia final...



Alhamdulillah...Rush rush rushing..Hanya kerana final Masterchef Malaysia saya dan suami terpaksa bergegas pulang dari kampung Tg Tualang pulang ke rumah di Ipoh.Al maklum di kampung takde Astro,takkan nak menumpang rumah orang hanya nak tengok Masterchef.
Pada mulanya kami merancang ingin pulang awal dari kampung sebelum siaran bermula..Al maklum bila dah balik kampung jumpa kawan-kawan dah bersembang mulalah berbelah bagi fikiran tu.Sekian lama menunggu bila la kami nak menamatkan perbualan baru lah saya dan suami tekan minyak pulang ke Ipoh.Perjalanan biasa mengambil masa satu jam.Bertolak pukul 9.45 sampai 9.40..At last sempat  juga saya mengikuti final Masterchef...Tak sia-sia la speed pulang.

Wow! Memang hebat saingan finalis antara Ezani dan Abang Wahidan.Seorang pekebun dan seorang doktor gigi,namum kerana minat mereka tidak menghalang untuk menceburi bidang kulinari..Juri hakim yang akan merasai final touch dari kedua-duanya pun bukan calang-calang orang,mereka terdiri dari pakar masakan & makanan,chef  selebriti serta chef terkemuka dari beberapa buah hotel bertaraf antarabangsa.Akhirnya tiba masanya mengumumkan juara final Masterchef Malaysia yang pertama...Ezani @ Doktor Gigi...Tak syak lagi...memang masakan kedua-duayna mantap ada kelebihan tersendiri,rezeki lebih menyebelahinya...

Extra news klik link kat bawah ni:
http://ohartis.com/2012/01/doktor-ezani-farhana-juara-masterchef-malaysia-pertama/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

No comments: