Tuesday, January 31, 2012

Apa itu...Nuffnang? Apa itu...Glitterati?


Salam 1 Malaysia....apa topik menarik nak stori mori ye...
Mmmm....Apa itu Nuffnang?
Ok gak kalau leh share stori mori tentang Nuffnang ye...Mulanya saya tak tahu pun apa tu Nuffnang..Asalnya mula la create blog..Gatai tangan,orang tulis blog kita pun nak tulis blog juga..apa topik nak diceritakan dalam blog?Belasah jela..apa-apa yang berlaku disekitar kita ke,aktiviti dan catatan harian  kita ke janji ada topik nak tulis untuk senaman jari jemari ni...
Bila dah ada blog orang cakap boleh buat duit..Macam mana nak buat duit dengan berbloging ni ye?Saya cuba la wat research la konon.Ooo..menurut sumber try guna Google Adsense ke,Nuffnang ke or Innity...itu la yang paling popular..
Saya pun bukan begitu mahir nak jelaskan semua ni cuma apa yang dapat saya share dari sumber-sumber lain yang saya cedok la sikit-sikit buat tatapan...
Bagi yang baru nak menjinak-jinakkan diri tu boleh la cuba mana yang sesuai.Saya ada terbaca dalam jomblogger.com menurut sumber kalau blog kita dalam dalam B.Malaysia boleh la cuba Adverlets atau Nuffnang sebagai permulaan..Bila dah maju nak upgrade sikit boleh la try Innity..
Google Adsense kita boleh campur dengan mana-mana Nuffnang,Adverlets atau Innity ke,cuma untuk pengetahuan Google Adsense takde sangat advertise dalam B.Malaysia la..
Lepas tu kalau nak tambah lain-lain iklan dalam blog kita terpulang la...


Sumber di bawah saya share dari petikan http://www.teratakarmo.com

(NUFFNANG Syarikat adalaPengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.)


Al kisahnya susah-susah nak fikir banyak saya pun cuba Nuffnang.Kira-kiranya saya pun baru lagi dalam memblogging ni ,dalam erti kata lain masih merangkak lagi lebih kurang sebulan je..
Bila dah separuh jalan join Nuffnang terbaca pula pasal Glitterati...Apa itu Glitterati...?Apa ye..Kepada semua bloggers baru yang dah daftar blog kalian dengan Nuffnang, kalian takkan terus dapat status Glitterati ni. Blog kalian akan dipantau dulu oleh pihak Nuffnang dan sekiranya OK, pihak sistem Nuffnang akan mendaftar blog kalian sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Wow!Menarik bukan?
Bagaimana pulaj nak jadi ahli Glitterati Nuffnang? Kalian akan didaftar sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya ke semua blog yang kalian  daftar dengan Nuffnang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unik iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan yang lain selain daripada Nuffnang. Ertinya tidak ada iklan lain selain daripada iklan daripada Nuffnang.So kalau blog kalian ada terselit iklan dari Google Adsense ke, dari BidVertiser, Mangga ads ke apa je yang sewaktu dengannya, kalian tidak akan dapat status Glitterati tersebut selagi iklan lain terebut  still ada diblog kalian. Mana-mana blog yang dah dpt status Glitterati lepas tu nak iklan lain daripada syarikat pengiklanan lain maka status Glitterati tersebut akan ditarik balik.So berhati-hati la...
Apa kelebihan menjadi ahli Glitterti ni?
1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik:-
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, korang tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2) Terma Pembayaran:-
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, pihak Nuffnang tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan. Manakalan ahli Glitterati pula akan dibayar 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan.
3) Peluang mendapatkan B.E (Buffered Earning) tinggi:-
B.E atau ialah Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog seseorang blogger. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa korang selepas kempen mCPM tersebut tamat. Ramai blogger yang mengidamkan B.E ni, siapa yang dapat memang untung giler.
4) Aktiviti Komuniti:-
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Nuffnang memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka. Manakala ahli biasa iaitu bukan status Glitterati hanya mendapat kuota 30% tempat duduk.
5) Peraduan:-
Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak  dianjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, pihak Nuffnang memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
6) Innit:-
Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing Nuffnag secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Innit ni menunjukkan penghargaan pihak Nuffnang ke atas kesetiaan kepada ahli Glitterati.Terima kasih Nuffnang..
Dijadikan cerita la...saya baru je buka Nuff...saya dan baru saya perasan yang saya kini juga adalah ahli Glitterati...




No comments: