Awal pagi kami semua dah berkumpul di Lahat bersama group geng-geng bikers yang lain..
Setiba di Kuala Kangsar,kami tidaklah terus ke tempat event..Ada lagi geng-geng lain dari Penang dalam perjalanan.Jadi kami beristirehat tepi jalan...
Macam-macam rupa custom bike..cuma warna saja yang tiada beza..hanyalah flat black..
Kalau dah jumpa geng...macam-macam lah ragamnya...
Sampai di tempat event memang group kami yang menjadi tumpuan ramai...terhenti acara seketika..membenarkan laluan iklan dari gegaran ekjos motor-motor kami....Ramai la pula paparazi bertauliah dan tak bertauliah yang berkejar-kejaran ambil gambar group-group motor ni...Oops maaf, bukan group orangnya tapi motornya sahaja yang menjadi tarikan ramai...
Kita tinggalkan motor-motor seketika,kita layan event yang berlangsung...Pelbagai jenis kenderaan yang dipamerkan .Memang menarik...Vespa & Lambreta,basikal lama,kereta antik..Rugi kalau tak datang...Masa ni ramai la pula peniaga-peniaga yang berpeluang mencari rezeki..memang mashyuk...
Penat berjalan,tiba masanya berehat la pula...
Bersantai sudah, cuci mata pun sudah,alas perut pun sudah...tiba masanya kami pun mengundur diri dari tapak event...Bila saja enjin motor dipanaskan para paparazi mula berkejar-kejaran.Bikers..on the bike..
Perjalanan pulang bermula...Memandangkan ada geng bikers dari Penang kami pun plan ke tempat riadah Ulu Chepor...Nak bermandi manda kat sungai tak boleh la kami sehelai sepinggang je tapi kebetulan time tu hujan itulah port baik untuk kami berteduh dan servis motor (kebetulan ada yang breakdown lak)...Perut lapar pula dah menyanyi lagu Keroncong Untuk Ana la pulak..Ada gerai burger jadi habuan kami..self service bikers jadi 'Abang Burger' la pulak...Hujan dah pun berhenti kami pun angkat kaki start motor pulang ke destinasi masing-masing la...Next destination Penang Bike Week la kita...
No comments:
Post a Comment