Tuesday, January 31, 2012

Facebook will end March 15,2012...?


Betul ke apa yang dikhabarkan...?Facebook akan ditamatkan Mac ini atau sebaliknya...?Apa akan terjadi pada member-member Facebook yang tegar...Ada kebaikan dan ada keburukan...?Renung-renungkan...

Just Wanna Share About....'Kamal Giler' of Silverhawk MG..

Who is he?Majestric,lawyer,millionair,musician?Nooo...not well known.He is  nobody...just an ordinary person je...What about him?Haha...let me tell you about him...(this stori mori is nothing serious to be taken hanyalah hiburan semata-mata...Sekadar selingan memecah sunyi malam di kala kesepian...hahaha... serta bertukar cerita.)
Nama yang dikenali hanyalah En Kamal.Mmm...stay kat Tapah..Nama glamour 'Kamal Giler'...Kenapa Giler?Haaa....kalau join baru tau apakah yang di maksudkan itu...
Kalau tengok rupanya memang la tak hensem mana...OTAI..je..manis ada la kut..Hah!Kalau tengok sekali kecut perut juga la tengok,macam serious je orangnya..Bila dia beri sedikit senyuman..cukup la hanya sedikit,perasaan orang yang melihatnya mula la berkocak.Berkocak?Hati terpaut?Biar betul perkataan yang digunakan....Heeee...Baru senyuman..Bila dah mula berkata-kata....pecah perut jugalah mereka yang mendengar cerita dongengnya..
Di kalangan kalangan kami yang sentiasa ride bersama dan  mereka yang mengenalinya memang dah lali dengan kerenahnya..Malah menjadi bahan usikan semua..Seronoknya kami semua tak ambil hati kalau masing-masing menjadi bahan ejekan nya..
Baru-baru ini si dia dah ke tali gantung...Hah?Kena hukuman gantung mandatori ke?Bukan tali gantung...tapi hukuman gantung ride..Oleh siapa?Mr Presiden...Apa kesalahannya sampai dikenakan hukuman?Apa lagi tiap kali ride jauh je motor meragam...Nasib baik la geng-geng bersemangat waja sedia berkhidmat..
Sunyi juga la tanpa "hensem boy"...Hahaha...Nasib baik ada pengganti memeriahan suasana tapi Kamal Giler tetap Kamal Giler...
Apa-apa pun..hatinya baikkkkk.....Walaupun digantung dari perlawanan dikala group Silverhawk memerlukan bantuan kecemasan dia tetap turun padang tanpa memberi seribu alasan...
Akhirnya pada 30/1/2012...Kamal Giler telah mendapat pengampunan 50% dari Mr Presiden yang pada waktu itu terlantar di hospital(bernasib baik la..) 100% kalau kondisi motor pulih sepenuhnya...










Cuba teka mana satu motor Kamal Giler????

 Dialah...pelakon,pelawak,super dooper penghibur penglipur lara  of Silverhawk MG..Hahaha...

Apa itu...Nuffnang? Apa itu...Glitterati?


Salam 1 Malaysia....apa topik menarik nak stori mori ye...
Mmmm....Apa itu Nuffnang?
Ok gak kalau leh share stori mori tentang Nuffnang ye...Mulanya saya tak tahu pun apa tu Nuffnang..Asalnya mula la create blog..Gatai tangan,orang tulis blog kita pun nak tulis blog juga..apa topik nak diceritakan dalam blog?Belasah jela..apa-apa yang berlaku disekitar kita ke,aktiviti dan catatan harian  kita ke janji ada topik nak tulis untuk senaman jari jemari ni...
Bila dah ada blog orang cakap boleh buat duit..Macam mana nak buat duit dengan berbloging ni ye?Saya cuba la wat research la konon.Ooo..menurut sumber try guna Google Adsense ke,Nuffnang ke or Innity...itu la yang paling popular..
Saya pun bukan begitu mahir nak jelaskan semua ni cuma apa yang dapat saya share dari sumber-sumber lain yang saya cedok la sikit-sikit buat tatapan...
Bagi yang baru nak menjinak-jinakkan diri tu boleh la cuba mana yang sesuai.Saya ada terbaca dalam jomblogger.com menurut sumber kalau blog kita dalam dalam B.Malaysia boleh la cuba Adverlets atau Nuffnang sebagai permulaan..Bila dah maju nak upgrade sikit boleh la try Innity..
Google Adsense kita boleh campur dengan mana-mana Nuffnang,Adverlets atau Innity ke,cuma untuk pengetahuan Google Adsense takde sangat advertise dalam B.Malaysia la..
Lepas tu kalau nak tambah lain-lain iklan dalam blog kita terpulang la...


Sumber di bawah saya share dari petikan http://www.teratakarmo.com

(NUFFNANG Syarikat adalaPengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.)


Al kisahnya susah-susah nak fikir banyak saya pun cuba Nuffnang.Kira-kiranya saya pun baru lagi dalam memblogging ni ,dalam erti kata lain masih merangkak lagi lebih kurang sebulan je..
Bila dah separuh jalan join Nuffnang terbaca pula pasal Glitterati...Apa itu Glitterati...?Apa ye..Kepada semua bloggers baru yang dah daftar blog kalian dengan Nuffnang, kalian takkan terus dapat status Glitterati ni. Blog kalian akan dipantau dulu oleh pihak Nuffnang dan sekiranya OK, pihak sistem Nuffnang akan mendaftar blog kalian sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Wow!Menarik bukan?
Bagaimana pulaj nak jadi ahli Glitterati Nuffnang? Kalian akan didaftar sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya ke semua blog yang kalian  daftar dengan Nuffnang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unik iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan yang lain selain daripada Nuffnang. Ertinya tidak ada iklan lain selain daripada iklan daripada Nuffnang.So kalau blog kalian ada terselit iklan dari Google Adsense ke, dari BidVertiser, Mangga ads ke apa je yang sewaktu dengannya, kalian tidak akan dapat status Glitterati tersebut selagi iklan lain terebut  still ada diblog kalian. Mana-mana blog yang dah dpt status Glitterati lepas tu nak iklan lain daripada syarikat pengiklanan lain maka status Glitterati tersebut akan ditarik balik.So berhati-hati la...
Apa kelebihan menjadi ahli Glitterti ni?
1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik:-
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, korang tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2) Terma Pembayaran:-
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, pihak Nuffnang tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan. Manakalan ahli Glitterati pula akan dibayar 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan.
3) Peluang mendapatkan B.E (Buffered Earning) tinggi:-
B.E atau ialah Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog seseorang blogger. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa korang selepas kempen mCPM tersebut tamat. Ramai blogger yang mengidamkan B.E ni, siapa yang dapat memang untung giler.
4) Aktiviti Komuniti:-
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Nuffnang memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka. Manakala ahli biasa iaitu bukan status Glitterati hanya mendapat kuota 30% tempat duduk.
5) Peraduan:-
Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak  dianjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, pihak Nuffnang memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
6) Innit:-
Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing Nuffnag secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Innit ni menunjukkan penghargaan pihak Nuffnang ke atas kesetiaan kepada ahli Glitterati.Terima kasih Nuffnang..
Dijadikan cerita la...saya baru je buka Nuff...saya dan baru saya perasan yang saya kini juga adalah ahli Glitterati...




Monday, January 16, 2012

Jom Terjah Genting Bike Fest 2012..


Thursday, January 12, 2012

Wednesday, January 11, 2012

VROOM VROOM SILVERHAWK TO KLBW 2011 (KUALA LUMPUR BIKE WEEK)

2011 telah beberapa minggu berlalu...2012 menyusuri dengan azam serta lebih banyak agenda baru.Namun  kini baru saya berkesempatan nak share stori mori penutup ride kami sebelum acara Tahun Baru  2012...
...KLBW 2011 ride yang dinanti geng-geng bikers.Nak g KL nak g KL...semangat berkobar-kobar ler...Petang 23 Disember 2011 saya dan suami ride dari Ipoh dan menjejaki geng-geng lain di R & R Tapah...Adoiii.... dentuman guruh dah menunjukkan tanda-tanda hari nak hujan daa..Oleh kerana kami dah janji dengan geng lain di Tapah yang kebetulan dari kg selepas menziarahi ayahanda Mr Presiden kami yang telah pulang ke rahmatullah..Al-Fatihah.Semoga rohnya dicucuri...Amin....(saya dan suami pulang ke rumah dulu selepas selesai).Mmm...kunjungan hujan tiba membasahi bumi..tunggu punya tunggu punya tunggu hujan tak juga berhenti...Akhirnya keputusan yang diambil...kami redah hujan.Dalam renyai-renyai ibu saya merelakan anak dan menantunya pergi dalam doa kami selamat sampai ke destinasi...Nasib baik la tak lebat sangat...
Sampai di Tapah rupanya yang lain belum nampak bayang..Sempat juga kami 'isi tank' perut kami dengan kudap-kudap yang ada..Tak lama kemudian bunyi ekzos memecah sunyi R & R Tapah (sunyi la sangat)...Haha...diaorang pun lenjun juga ye...Dah rehat sebentar kami pun meneruskan perjalanan tanpa Mr Presiden kami...Agenda tetap diteruskan kami yang pergi sebagai pengganti dirinya mewakili  geng bikers dari Ipoh...Silverhawk MG here we come..
Sepanjang perjalanan hujan tak juga berhenti..Reda seketika kemudian lebat kembali.Beberapa kali juga kami terpaksa berhenti...isi minyak,isi perut apa jua aktiviti sebelum meneruskan perjalanan.
Hai malang sungguh nasib awal-awal lagi dah ada motor yang meragam...Walau apa cara pun dalam kebasahan hujan lebat kami redah hingga ke garisan penamat..Kelewatan tak menghalang kami untuk singgah ke tempat event Kuala Lumpur Bike Week 2011 di Lanai Matic,Jalan Ampang...


























24 Dis 2011..Pagi-pagi lagi kami dah berada di tapak event.Selepas sesi foto beramai-ramai ni kami semua ride ke Naza World di Petaling Jaya.Apalagi sesi makan la...Macam-macam ada..char koay teow,cendol,durian pun ada...Perut kenyang lepak-lepak santai boleh test ride motor kat sana...




Bulat & Maz..
Sempat juga bergambar dengan Datuk K..


Selesai sudah di Naza World kami gerak semula ke Lanai,Matic..di tempat event Bike Week 2011.







Dira sempat menunjukkan kehebatannya menunggang motorsikal...



























Sesi memanaskan badan...




Layan reggae...
Sesi penyerahan souvenir bagi pihak geng bikers yang hadir kepada Red Garage selaku penganjur event...Habis je event pada malam tu juga kami gerak pulang ke Perak.Agak lewat juga la..lebik kurang pukul 1.30 am kami baru saja melepasi tol Jalan Duta.Hentian pertama kami di Rawang sempat la kami menjamah selera sebelum meneruskan perjalanan...Setiba di Bukit Beruntung seorang rakan kami mengalami kerosakan pada motornya..Namun kami teruskan perjalanan walau apa cara pun..Hampir Subuh kami sampai di kampung sempat juga bersarapan pagi sebelum tiba ti rumah.
Alhamdulillah sekali lagi ride kami agak mencabar juga tanpa Mr Presiden kami ,Ajie..kami selamat pergi dan selamat pulang..Amin...Love Ride No War...


Lagi lagi santai..jom share video link ni sebagai hiburan je..


                                                   http://youtu.be/5TNZD89kIt8